Page 15 - Demo
P. 15
1134. Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Pihak institut tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau ubahsuai kenderaan atau sebagainya 35. Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor perlu mematuhi peraturan yang berikut: a) Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insuran yang sah;b) Menggunakan kenderaan bermotor yang tidak mengeluarkan bunyi bising yang kuat atau yang diubahsuai;c) Bertimbangrasa terhadap pejalan kaki; dand) Mematuhi semua peraturan keselamatan jalanraya seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). RAWATAN PERUBATAN 36. Pelajar yang memerlukan rawatan di Pusat Perubatan Kerajaan hendaklah mendapat Surat Akuan Pelajar untuk rawatan dari Ketua Bahagian atau pegawai lain yang telah diberi kuasa oleh pentadbiran Institut. 37. Waktu penghantaran pelajar ke klinik/hospital pada jam 9.45 pagi setiap hari, kecuali kes-kes kecemasan. 38. Sekiranya pelajar cuti sakit, sijil cuti sakit hendaklah diberikan kepada Pengajar Bertugas untuk kelas yang tidak dihadiri oleh pelajar berkenaan untuk dicatatkan dalam buku kehadiran pelajar. 39. Para pelajar diwajibkan menaiki kenderaan Jabatan yang dikhaskan, kecuali mendapat kebenaran menggunakan kenderaan sendiri daripada Pihak Berkuasa Institut.40. Pelajar yang menetap di asrama yang memerlukan rawatan kecemasan atau sakit selepas waktu pejabat atau pada cuti am hendaklah memberitahu Warden bertugas. Kenderaan Dalam Keadaan baikPeraturan Menggunakan KenderaanSurat Akuan PelajarWaktu Penghantaran Ke KlinikSurat Cuti Sakit / Salinan Surat Cuti SakitPengangkutan Ke KlinikRawatan Selepas Waktu Latihan

