Page 13 - Demo
P. 13


                                    9Penasihat MPPMisai dan JanggutRambut Kemas, BertudungMenghomati agama20. Pelajar lelaki dikehendaki berambut pendek dan kemas seperti yang ditetapkan oleh Institut. Potongan rambut yang ditetapkan hendaklah mengikut garis panduan seperti berikut: a) Di bahagian belakang - tidak melebihi atau melepasi paras kolar baju.b) Di bahagian sisi kiri dan kanan - tidak menutup paras cuping telinga sebelah atas.c) Di bahagian depan - tidak menutup paras kening.d) Di bahagian atas/tengah - tidak melebihi 3 inci panjang.Pihak Institut boleh mengambil tindakan memotong rambut menggunakan mesin pemotong rambut skala tiga (3) pada mana-mana pelajar lelaki yang gagal mematuhi garis panduan rambut yang ditetapkan setelah diberi amaran tiga (3) hari bekerja.21. Pelajar lelaki yang bermisai dan berjanggut hendaklah sentiasa mengurusnya dengan kemas. 22. Pelajar wanita Islam hendaklah menutup aurat sementara bagi pelajar wanita bukan Islam, hendaklah mengikat rambut dengan kemas. 23. Setiap pelajar dikehendaki menghormati agama yang dianuti serta agama yang lain dan pelajar dilarang mengeluarkan kata hinaan atau cacian terhadap mana-mana agama.Jadual 1: Contoh potongan rambut
                                
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17