Page 12 - Demo
P. 12


                                    8Penasihat MPPPemilihan MPPPakaianDilarang Berpakaian Yang Kurang SopanDilarang Memakai Barang Kemas/ AksesoriPengisian setiap jawatan akan ditentukan berdasarkan kredibiliti setiap individu dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan MPP dan sebarang pindaan tertakluk kepada pindaan Pihak Berkuasa Institut. 14. Penasihat MPP adalah pegawai yang dilantik oleh Pengarah Institut yang berkaitan untuk membimbing dan memantau aktiviti-aktiviti MPP. Segala perancangan dan cadangan aktiviti MPP adalah tertakluk kepada kelulusan Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan Institut. 15. Pemilihan MPP perlu dijalankan setiap tahun ataupun sekurang- kurangnya enam (6) bulan sekali. 16. Pelajar yang dilantik sebagai MPP yang melakukan kesalahan / pelanggaran Peraturan Tatatertib Pelajar boleh dilucutkan jawatan.  ETIKA DAN SAHSIAH DIRI 17. Pelajar hendaklah sentiasa memakai pakaian yang sesuai dan bersopan. Pelajar dilarang memakai selipar, baju tidak berlengan, seluar pendek, atau kain sarung sewaktu berada di kawasan institut selain dari bilik asrama. 18. Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang kurang sopan dan tidak bersesuaian seperti koyak, bertopi, ketat, nipis, menyerlahkan bentuk badan dan sebagainya dalam kawasan Institut. Pelajar yang ingkar tidak akan dibenarkan memasuki kuliah/bengkel. 19. Pelajar adalah dilarang memakai peralatan aksesori yang tiada tujuan tertentu seperti berikut: a) Pelajar Lelaki - Subang / anting-anting di telinga, gelang tangan, cincin, rantai, sarung kepala (key) atau sebarang aksesori yang ditindik di telinga, hidung atau lidah.b) Pelajar Perempuan - Subang /anting-anting di telinga yang keterlaluan, gelang tangan, cincin, rantai, solekan yang keterlaluan, pemakaian aksesori yang berharga atau sebarang aksesori yang ditindik di hidung atau lidah.
                                
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16