Page 7 - Demo
P. 7
3%u201cPerbicaraan Tatatertib%u201d ertinya perbicaraan untuk penentuan kesalahan dan hukuman yang diputuskan oleh JTP.%u201cMajlis Perwakilan Pelajar%u201d ertinya kumpulan pelajar yang dilantik bagi mewakili semua pelajar di Institut.%u201cKesalahan Tatatertib%u201d ertinya pelanggaran mana-mana peraturan selain daripada peraturan yang boleh disabitkan sebagai kesalahan berat.%u201cKesalahan Berat%u201d ertinya pelanggaran mana-mana peraturan yang boleh membawa kepada hukuman disingkirkan dari Institut.%u201cPenilaian%u201d ertinya kaedah menilai pelajar melalui komponen teori dan amali seperti kuiz, ujian, tugasan, pembentangan, peperiksaan akhir, projek tahun akhir dan Latihan Industri.%u201cPeraturan Latihan dan Sistem Penilaian%u201d ertinya merujuk kepada Sistem Penilaian dan Latihan ILJTM.%u201cLatihan Industri%u201d ertinya adalah latihan yang perlu diikuti oleh pelajar sebagai pendedahan awal kepada alam pekerjaan sebenar yang berkaitan dengan pengetahuan dan asas kemahiran dalam bidang masing-masing.%u201cMeniru%u201d merujuk kepada tindakan mengambil atau menyalin atau menulis semula jawapan atau maklumat dari orang lain atau sumber yang tidak dibenarkan.%u201cCubaan meniru%u201d merujuk kepada percubaan untuk melakukan tindakan meniru walaupun mungkin tidak berjaya.%u201cMemberi tiru%u201d kepada tindakan memberi jawapan atau maklumat kepada orang lain dengan niat untuk membantu mereka meniru semasa penilaian.%u201cDadah%u201d ertinya apa-apa jenis dadah atau benda yang dinyatakan dalam Akta Dadah Berbahaya, 1952 (Akta 234) dan Akta Racun.%u201cRacun%u201d ertinya apa-apa bahan yang ditafsirkan dalam Akta Racun 1952 (Akta 366).

