Page 4 - Demo
P. 4
ivPRAKATABuku Peraturan Tatatertib Pelajar ini telah digubal dan dikemaskini bersamaBahagian Undang-Undang, Kementerian Sumber Manusia. Buku peraturanini dijadikan panduan kepada semua pelajar Institusi Latihan Jabatan TenagaManusia (ILJTM) agar mematuhi semua peraturan yang ditetapkan darisemasa ke semasa ketika menjalani latihan di institut dan menjalani latihanindustri di bawah majikan, syarikat atau mana-mana pihak berkaitan. BukuPeraturan Tatatertib Pelajar ILJTM Edisi 2024 ini berkuatkuasa mulai sesiJulai 2024.Semua pelajar ILJTM dalam latihan sepenuh masa, pelajar programpembelajaran anjuran ILJTM atau pelajar daripada agensi kerajaan atauswasta yang mengikuti pembelajaran di ILJTM hendaklah mematuhi semuaperaturan yang ditetapkan dalam Buku Peraturan Tatatertib Pelajar ILJTMini. Sekiranya berlaku perlanggaran peraturan, setiap pelajar hendaklah akurdengan hukuman yang dijatuhkan sepertimana yang telah dipersetujui olehsetiap pelajar melalui Surat Aku Janji yang telah ditandatangani semasamemasuki ILJTM. Pelajar juga diwajibkan mematuhi semua arahan-arahanlain yang ditetapkan pihak pengurusan insitut atau Jabatan Tenaga Manusia.Adalah menjadi harapan Jabatan Tenaga Manusia, semua peraturan tatatertibyang ditetapkan akan menjadi penyumbang utama dalam melahirkan pelajaryang berdisiplin, beretika dan memiliki peradaban yang tinggi semasamenjalani latihan dan seterusnya berkhidmat dengan cemerlang di alampekerjaan dengan membawa imej pelajar ILJTM.Ketua PengarahJabatan Tenaga ManusiaKementerian Sumber Manusia

