Page 9 - Demo
P. 9
5Peraturan Tatatertib PelajarPeraturan Untuk Semua PelajarTumpu PerhatianBersetuju Mematuhi Peraturan dan menandatangani borang perjanjian serta pemeriksaan perubatan BAHAGIAN II - PERATURAN AM INSTITUTPERATURAN AM INSTITUT1. Peraturan Tatatertib Pelajar digubal untuk dijadikan peraturan kepada semua pelajar yang mengikuti pengajian dan latihan bagi peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan di semua Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM). Setiap peraturan yang ditetapkan di dalam buku peraturan ini adalah WAJIB dipatuhi oleh semua pelajar tanpa pengecualian. Tujuan peraturan ini digubal adalah untuk mengawal kelancaran serta keberkesanan pengajian di ILJTM dan memupuk sikap tanggungjawab di kalangan pelajar. 2. Peraturan yang terkandung di dalam Buku Peraturan ini terpakai ke atas setiap pelajar Institut. Buku Peraturan ini hendaklah disimpan oleh setiap pelajar untuk dijadikan panduan sepanjang pengajian dan latihan di Institut.3. Pelajar hendaklah pada setiap masa menumpukan sepenuh perhatian dan memberi keutamaan kepada pengajian dan latihan di Institut. 4. Setiap pelajar yang bersetuju mengikuti pengajian dan latihan di Institut hendaklah mematuhi dan akur setiap peraturan yang terkandung di dalam Buku Tatatertib ini dan juga mana-mana arahan lain yang dikeluarkan oleh manamana pegawai JTM atau Kementerian Sumber Manusia atau mana-mana pihak yang berwajib yang ada kaitan dengan atau hubungan dengan Institut. Setiap pelajar hendaklah melengkapkan dan menandatangani Surat Aku Janji serta membuat pemeriksaan kesihatan. 5. Pelajar yang didapati ingkar mematuhi atau melanggar mana- mana peraturan ini akan dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman.

