Page 11 - Demo
P. 11
7Pemberian kuasa oleh Pengarah InstitutRayuan Tatatertib Pelajar ILJTMKeanggotaan MPPTanggungjawab MPP9. Prosedur tatatertib bagi kedua-dua Jawatankuasa Tatatertib ini adalah sepertimana dinyatakan dalam Garis Panduan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar (Bahagian V). 10. Pengarah Institut boleh memberi kuasa secara bertulis kepada mana-mana pegawai, pengajar atau kakitangan untuk menguatkuasakan peraturan pelajar. 11. Rayuan Tatatertib Pelajar ILJTM yang melibatkan penyingkiran pelajar hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar, Jabatan Tenaga Manusia melalui Pengarah Institut untuk diteliti dan dipertimbangkan. MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 12. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ditubuhkan bagi memberi pendedahan dan pengalaman pada pelajar menjadi pemimpin di masa depan, selain membantu pihak pengurusan Institut menangani masalah disiplin pelajar. MPP juga berfungsi sebagai saluran bagi para pelajar mengemukakan masalahmasalah mereka kepada pengurusan Institut. MPP hendaklah diwujudkan bagi memenuhi tanggungjawab itu. 13. MPP dianggotai oleh sekurang-kurangnya sebelas (11) orang anggota yang dipilih melalui proses pengundian pilihanraya. Jawatan-jawatan MPP ialah Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Bendahari dan tujuh (7) exco utama iaitu:i) Exco Sukan & Rekreasiii) Exco Kesenian & Kebudayaaniii) Exco Kerohanian & Khidmat Sosialiv) Exco Kebajikan dan Kesihatanv) Exco Multimedia & Penerbitan vi) Exco Disiplin & Keselamatan vii) Exco Ekonomi

