Page 14 - Demo
P. 14
1024. Pelajar adalah DIWAJIBKAN untuk memakai Kad Matrik Pelajar di sepanjang masa dalam kawasan Institut dan dikecualikan pemakaiannya di dalam blok asrama dan tempat-tempat yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Institut 25. Tiada pelajar boleh berkelakuan angkuh dan biadab terhadap Pengarah, pengajar, pegawai atau kakitangan Institut dengan kelakuan, lisan ataupun tulisan. 26. Pelajar adalah dilarang menyimpan dan/atau mewarnakan kuku selain dari inai atau bahan-bahan dari tumbuhan.27. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan bukan muslim adalah dilarang mewarnakan rambut. TATATERTIB LALULINTAS DALAM INSTITUT28. Pelajar yang dibenarkan membawa kenderaan bermotor ke Institut adalah tertakluk kepada Peraturan Am atau Arahan dari Pihak Berkuasa Institut. 29. Kenderaan hendaklah dipandu tidak melebihi had laju yang ditetapkan di dalam kawasan Institut. 30. Kenderaan bermotor persendirian hendaklah didaftarkan dan mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Institut.31. Semua kenderaan bermotor yang digunakan untuk keluar masuk Institut mestilah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah yang dikeluarkan oleh Institut. 32. Semua kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan dan disusun dengan teratur. Pelajar tidak dibenarkan meletak kenderaan mereka di tempat yang dikhaskan untuk Pegawai dan Kakitangan Institut dan kawasan asrama. 33. Pihak Berkuasa Institut tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan yang rosak atau hilang di dalam kawasan Institut. Kad Matrik PelajarKelakuan PelajarWarna kukuWarna rambutKebenaran Membawa KenderaanHad Laju KenderaaanKelulusan Menggunakan KenderaanPelekat KenderaanTempat Letak KenderaanKenderaan Hilang / Rosak

