Page 16 - Demo
P. 16
12 KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN 41. Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan Institut. 42. Segala kemudahan yang disediakan oleh Institut hendaklah digunakan dengan penuh tanggungjawab, cermat, selamat, tanpa sebarang pembaziran elektrik, bekalan air dan bahanbahan yang digunakan. 43. Pelajar hendaklah menjaga dan memelihara semua kemudahan yang terdapat di Institut supaya kepentingan pelajar lain juga terpelihara. 44. Pelajar bertanggungjawab untuk menentukan semua suis lampu / kipas / alat hawa dingin / komputer / mesin dimatikan sebelum meninggalkan kelas / bengkel / makmal / dewan kuliah. KAWASAN LARANGAN MEROKOK 45. Keseluruhan kawasan Institut telah diwartakan sebagai Kawasan Larangan Merokok mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Sekiranya pelajar didapati memiliki, menyimpan, membawa, membekal, mengedar, mempamer, menyiar, mengiklan, menjual atau menghisap rokok atau seumpamanya di dalam kawasan Institut dan asrama adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib. PERATURAN ASRAMA 46. Pelajar adalah diwajibkan menjaga kebersihan asrama dan persekitarannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih, selesa dan teratur. 47. Setiap bilik mesti mempunyai jadual bertugas membersihkan bilik dan asrama. 48. Setiap bilik mesti memaparkan maklumat peribadi pelajar di pintu bilik. KebersihanGunakan Kemudahan Dengan Penuh TanggungjawabMemelihara Kepentingan Pelajar LainTindakan Sebelum meninggalkan KelasDilarang MerokokMenjaga Kebersihan AsramaJadual tugasPaparan Maklumat Peribadai

