Page 18 - Demo
P. 18


                                    1458. Pelajar lelaki tidak dibenarkan berada di asrama pelajar wanita dan juga sebaliknya. Pelajar berlainan jantina dilarang berada dalam keadaan berdua-duaan di tempattempat yang mencurigakan dalam sebarang masa. 59. Pelajar yang tinggal di luar asrama tidak dibenarkan sama sekali masuk ke kawasan asrama dan mana-mana bilik asrama atau meletakkan kenderaan di kawasan asrama.60. Semua lampu di asrama hendaklah dipadamkan tepat pada jam 11.00 malam. Pelajar yang ingin belajar lebih dari masa itu bolehlah menggunakan bilik yang telah dikhaskan sehingga jam 12.00 malam sahaja. Penggunaan lilin di dalam bilik asrama adalah dilarang sama sekali. 61. Pelajar terakhir yang meninggalkan bilik asrama atau Bilik Rehat Televisyen (BRTV) hendaklah mematikan semua suis. 62. Pelajar yang keluar dari kawasan institut hendaklah menulis Nama, Masa dan Tempat Tuju dalam Buku Daftar Pengawal/ Buku Daftar Keluar Masuk Pelajar. Kebenaran keluar adalah tertakluk kepada ketetapan berikut:a) Hari Latihan: 5.00 petang hingga 7.00 petang;b) Hujung Minggu atau Cuti Umum: 8.00 pagi hingga 7.00 petang; dansebarang pindaan tertakluk kepada pindaan Pihak Berkuasa Institut secara bertulis atau pemakluman kepada pelajar.  63. Bagi pelajar yang mempunyai urusan mustahak selepas waktu latihan perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari Warden dan kembali sebelum jam 10.00 malam. 64. Pelajar dilarang membawa perkakas elektrik ke dalam bilik kecuali dengan kebenaran Pihak Berkuasa Institut. Dilarang Berada Di Asrama Berlainan JantinaPelajar Tinggal Di Luar Dilarang Masuk ke AsramaLampu AsramaMatikan SuisKeluar Selepas Waktu Latihan dan Hari CutiKebenaran Jika Ada Hal MustahakDilarang Membawa Perkakas Elektrik
                                
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22