Page 17 - Demo
P. 17
1349. Pelajar akan dijadualkan bertugas mengikut giliran bagi membersihkan bilik asrama dan ia mestilah dipatuhi.50. Pelajar dilarang bertukar tempat atau bilik yang telah ditetapkan tanpa kelulusan Penyelia Asrama. 51. Tempat tidur mestilah sentiasa bersih dan kemas. Cadar dan sarung bantal hendaklah dipasang dengan kemas dan mengikut warna yang telah ditetapkan oleh Institut. Dilarang meletakkan tilam atau bantal di atas lantai atau melipat tilam di atas katil. Kasut- kasut hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai. Pakaian yang tidak dipakai hendaklah disidai di tempat sidaian yang telah disediakan dan ditegah menyangkut pakaian di dinding, katil, tingkap atau membuat sidaian dalam bilik asrama. 52. Pelajar mestilah bertanggungjawab menjaga almari dan kunci masing-masing. Almari hendaklah dikunci sepanjang masa. 53. Pelajar-pelajar dilarang memaku, melekat, menulis, melukis atau menconteng di dinding, katil, almari, bantal, tilam dan lain-lain kemudahan yang disediakan. Pelajar akan dipertanggungjawabkan atas segala kerosakan kemudahan dan peralatan asrama serta peralatan kecemasan. 54. Pelajar dilarang memasang atau membaiki lampu dan kipas, membuat sambungan elektrik bagi radio dan televisyen atau mengubahsuai pendawaian elektrik di bilik asrama.55. Pelajar dilarang memasak makanan atau minuman di bilik asrama. 56. Pelajar dilarang merendam pakaian dan kasut di dalam bilik atau di dalam sinki bilik air/tandas. 57. Pelajar hanya dibenarkan berjumpa keluarga, tetamu atau kawan di tempat yang telah ditentukan sahaja. Dilarang Tukar BilikBilik Kemas, Sidai Pakaian Di Tempat Yang DisediakanKunci AlmariTanggungjawab Pelajar Jaga KemudahanSambungan Elektrik Adalah DilarangDilarang MemasakDilarang Rendam PakaianTetamu

