Page 5 - Demo
P. 5
1JABATAN TENAGA MANUSIAPERATURAN TATATERTIB PELAJARPERATURAN INI DIGUNA PAKAI DISEMUA INSTITUSI LATIHANJABATAN TENAGA MANUSIABAHAGIAN IDEFINISI1. Dalam Peraturan ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain:%u201cJabatan Tenaga Manusia (JTM)%u201d ertinya Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang beralamat di Aras 6 & 8, Setia Perkasa 4, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Wilayah Persekutuan Putrajaya.%u201cInstitut%u201d ertinya sebuah institusi latihan di bawah JTM yang memberi pengajaran dan pembelajaran berasaskan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada seseorang atau sekumpulan orang.%u201cInstitusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)%u201d ertinya institut latihan yang terdiri daripada Institut Latihan Perindustrian / Industrial Training Institute (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi / Advanced Technology Training Centre (ADTEC) dan Institut Teknikal JepunMalaysia / Japan- Malaysia Technical Institute (JMTI) di bawah JTM.%u201cKetua Pengarah (KP)%u201d ertinya ketua kepada semua pengarah institut latihan di bawah JTM.%u201cPihak Berkuasa Institut%u201d ertinya sekumpulan orang yang diberi kuasa oleh JTM untuk mentadbir dan mengurus sesebuah Institut.%u201cPengarah%u201d ertinya ketua kepada pegawai dan kakitangan di sesebuah Institut.%u201cPegawai%u201d ertinya seseorang yang menyandang sesuatu jawatan dalam Institut atau yang bertugas di Institut.%u201cPengajar%u201d ertinya kakitangan yang mengendalikan sesi latihan pengajaran dan pembelajaran di Institut.

