Page 42 - Demo
P. 42
38b) Pelajar yang sedang melanjut latihan di peringkat Sijil Teknologi Perindustrian (STP) dan ditawarkan ke peringkat Diploma ILJTM diberikan pengecualian pelaksanaan LI di peringkat STP;c) Pelajar yang telah menjalani LI di peringkat Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP) dan ditawarkan ke peringkat Sijil Teknologi Perindustrian (STP) diberikan pengecualian LI di peringkat STP.34. Pelajar hendaklah menumpukan sepenuh perhatian kepada latihan. Sepanjang tempoh LI, pelajar tertakluk sepenuhnya kepada Buku Peraturan Tatatertib Pelajar dan Panduan Sistem Latihan dan Penilaian ILJTM. 35. Ketidakhadiran tanpa kebenaran yang dilaporkan oleh Syarikat atau menjatuhkan imej Institut/ Syarikat akan menyebabkan pelajar diberhentikan dari LI di Syarikat tersebut. Pelajar dilarang berkelakuan yang boleh menjatuhkan imej institut. Mereka yang melakukan kesalahan yang bertentangan dengan peraturan syarikat boleh menyebabkan pelajar GAGAL LI. 36. Setiap pelajar akan dibekalkan sebuah Buku Log LI dan dikehendaki mencatatkan segala aktiviti latihan harian yang dibuat sepanjang tempoh latihan dan diserahkan kepada Institut setelah tamat LI bagi tujuan penilaian dalam tempoh yang ditetapkan. 37. Pelajar Program Diploma dan Diploma Lanjutan dikehendaki mencatatkan segala aktiviti harian yang dibuat sepanjang tempoh latihan di dalam buku log dan menyediakan laporan eksekutif LI untuk diserahkan kepada Institut setelah tamat LI bagi tujuan penilaian dalam tempoh yang ditetapkan.38. LI dilaksanakan sekali sahaja dan ulang LI adalah tidak dibenarkan. Rayuan bagi keputusan LI boleh dibuat secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan Akademik JTM dalam tempoh masa sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh keputusan LI diumumkan. Kehadiran LIDilarang Menjatuhkan Imej Institut/ SyarikatBuku Log LILaporan Eksekutif

