Page 39 - Demo
P. 39


                                    3524. Pelajar diberikan kelulusan cuti kecemasan hanya dalam keadaan yang tertentu sahaja di atas pertimbangan Pengarah Institut. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pelajar yang bercuti tanpa kebenaran. 25. Pelajar yang memohon cuti kecemasan hendaklah memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Institut dengan segera dan membawa dokumen sokongan seperti sijil kematian, borang keluar hospital dan sebagainya apabila kembali menjalani latihan. 26. Pelajar yang sakit dikehendaki mendapatkan cuti sakit dari Pegawai Perubatan Bertauliah / hospital Kerajaan. Cuti sakit dari klinik swasta adalah dihadkan selama dua (2) hari sahaja pada sesuatu masa dan tidak boleh melebihi lima (5) hari dalam satu semester. Jika melebihi had ini, ia akan dirujuk kepada pakar perubatan hospital kerajaan untuk pemeriksaan bagi menentukan keupayaannya meneruskan latihan selanjutnya. Sijil cuti sakit hendaklah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Institut apabila kembali menjalani latihan. SISTEM PENILAIAN 27. Semua penilaian yang dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Institut WAJIB diambil oleh pelajar. 28. Pelajar wajib menyempurnakan komponen penilaian yang ditetapkan di setiap modul. Kegagalan pelajar menyempurnakan mana-mana penilaian akan diberikan markah sifar (0). 29. Pelajar adalah WAJIB untuk menghadiri peperiksaan;a) Kegagalan pelajar menghadiri peperiksaan akhir modul teras tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Institut akan menyebabkan keseluruhan penilaian kerja kursus tidak diambil dikira.Cuti SakitMohon Cuti KecemasanWajib Ambil PenilaianHantar TugasanWajib Ambil PeperiksaanCuti Kecemasan
                                
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43