Page 37 - Demo
P. 37
3310. Pelajar yang digantung latihan dikehendaki mengulang semester berkenaan pada semester berikutnya yang mana kelayakan semester tangguh akan diambil kira. 11. Pelajar yang mempunyai jumlah kehadiran mengikut modul kurang dari 80% (aliran kemahiran) dibenarkan menduduki peperiksaan akhir bagi modul teras, tetapi tidak dinilai bagi modul berkenaan dan dikehendaki mengulang modul berkenaan pada semester berikutnya yang mana kelayakan semester tangguh akan diambil kira. 12. Pelajar yang mempunyai jumlah kehadiran yang kurang dari 80% (aliran Teknologi Kejuruteraan) bagi mana-mana subjek tidak layak menduduki peperiksaan akhir bagi subjek tersebut dan dikehendaki mengulang subjek berkenaan pada semester berikutnya. 13. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari Kawasan Institut semasa waktu latihan tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Institut. 14. Pelajar tidak dibenarkan bertukar kursus tanpa mendapat kebenaran dari Pihak Berkuasa Institut. 15. Pelajar tidak dibenarkan bertukar Institut melainkan dengan kebenaran JTM. Walau bagaimanapun dalam kes-kes tertentu, JTM berhak menukarkan pelajar-pelajar ke Institut lain yang difikirkan sesuai.16. Setiap pelajar diwajibkan mendaftar setiap semester pada tarikh dan tempoh yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Institut. Kegagalan pelajar untuk mendaftar setiap semester tersebut tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan pelajar GAGAL bagi sesi latihan tersebut. 17. Setiap pelajar diwajibkan mengambil insuran berkumpulan sebagai langkah persediaan jika berlakunya sesuatu kemalangan semasa menjalani latihan. Walau bagaimanapun, pelajar digalakkan mengambil insuran yang lain sebagai premium perlindungan tambahan. Tindakan Tidak Hadir LatihanKebenaran Keluar InstitutTidak Boleh Tukar InstitutTidak Boleh Tukar KursusTidak Daftar Sesi LatihanInsurans

