Page 33 - Demo
P. 33
29b) Tiada pelajar boleh memiliki, menyimpan, membawa, menyeludup atau menghisap rokok / e-rokok / vape / pod atau seumpamanya di dalam kawasan Institut, di luar kawasan Institut atau di asrama.c) Tiada pelajar boleh memiliki, menyimpan atau membawa, menyeludup bahan atau peralatan rokok / e-rokok / vape / pod untuk membuat, menghisap rokok, bekas abu rokok atau seumpamanya di dalam kawasan Institut, di luar kawasan Institut atau di asrama.d) Mana%u2013mana pelajar yang didapati melanggar peraturan (b) dan (c) di atas adalah melakukan kesalahan tatatertib dan hendaklah ditangani oleh JTP mengikut tatacara tindakan tatatertib yang ditetapkan.16. BAHAN-BAHAN YANG MENGKHAYALKANa) Tiada pelajar boleh mengambil atau menggunakan apaapa sahaja bahan yang mengkhayalkan seperti menghidu gam, meminum air ketum, penyalahgunaan ubat batuk dan seumpamanya.b) Mana%u2013mana pelajar yang didapati melanggar peraturan (a) di atas adalah melakukan kesalahan berat dan hendaklah ditangani oleh JTP mengikut tatacara tindakan tatatertib yang ditetapkan.17. BERSUBAHATa) Tiada pelajar boleh merancang, melindungi, menolong, bekerjasama, memberi peluang dan enggan memberi maklumat atau menjadi saksi terhadap apa jua kesalahan yang didapati telah dilanggar oleh pelajar lain.b) Tiada pelajar boleh merancang, menolong, bekerjasama, memberi peluang dan memberi maklumat kepada orang lain yang mengakibatkan pelanggaran mana-mana peraturan tatatertib.c) Mana-mana pelajar yang didapati melanggar peraturan (a) dan (b) di atas adalah melakukan kesalahan tatatertib dan hendaklah ditangani oleh JTP mengikut tatacara tindakan tatatertib yang ditetapkan.Peralatan hisap RokokBahan yang Mengkhayalkan/ Mengganggu KesihatanBersubahatDilarang Merokok

