Page 28 - Demo
P. 28
24b) Tiada pelajar boleh mengugut, mengancam, menghasut, berdemonstrasi, memfitnah dan mempersendakan agama melalui apa jua cara bagi maksud mendatangkan rasa takut dan kemarahan kepada orang lain.c) Tiada pelajar boleh memulau atau memboikot aktivitiaktiviti Institut.d) Tiada pelajar boleh menulis atau melaporkan perkaraperkara negatif kepada media sosial, media cetak dan elektronik tentang JTM, KSM, Institut, Pengarah, Pengajar, Pegawai dan kakitangan Institut.e) Tiada pelajar boleh mempunyai hubungan atau menjadi ahli kumpulan haram.f) Tiada pelajar boleh melibatkan diri dalam sebarang bentuk tunjuk perasaan, mogok, perhimpunan haram dan tidak dibenarkan membuat bantahan terbuka serta melulu atau lain-lain tindakan yang bertentangan dengan peraturan Institut.g) Mana%u2013mana pelajar yang didapati melanggar peraturan (a), (b), (c), (d), (e) dan (f) di atas adalah melakukan kesalahan berat dan hendaklah ditangani oleh JTP mengikut tatacara tindakan tatatertib yang ditetapkan.5. AJARAN SESATa) Tiada pelajar boleh menyebar, mengamalkan ajaran sesat yang bertentangan dengan akidah Islam, dan perundangan Negara.b) Mana%u2013mana pelajar yang didapati melanggar peraturan (a) di atas adalah melakukan kesalahan berat dan hendaklah ditangani oleh JTP mengikut tatacara tindakan tatatertib yang ditetapkan.6. BAHAN LUCAHa) Tiada pelajar boleh melakukan perbuatan seperti beraksi, mendorong, merayu, membisik, mengeluarkan kata atau cerita atau isyarat lucah.Demonstrasi, BoikotMelapor Kepada MediaPerhimpunan HaramHubungan Dengan Kumpulan HaramAjaran SesatPerbuatan LucahMengugut, mengancam

