Page 26 - Demo
P. 26
221. PENYALAHGUNAAN DADAHa) Tiada pelajar boleh memiliki, menyimpan, mengedar, membekal, membawa, menjual atau menyalahgunakan apa juga jenis dadah atau bahan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan apa-apa bahan yang dinyatakan melalui nama dalam ruang pertama Senarai Racun dalam Akta Racun 1952 [Akta 366] dengan apa juga cara sekalipun di dalam kawasan Institut, di luar kawasan Institut atau di asrama.b) Tiada pelajar boleh memiliki, menyimpan atau membawa sebarang peralatan dalam apa juga bentuk dan rupa sekalipun, yang mungkin digunakan untuk mengambil, menghisap, menyuntik dan sebagainya yang melibatkan penyalahgunaan apa juga jenis dadah atau bahan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan apa-apa bahan yang dinyatakan melalui nama dalam ruang pertama Senarai Racun dalam Akta Racun 1952 [Akta 366] dengan apa juga cara sekalipun di dalam kawasan Institut, di luar kawasan Institut atau di asrama.c) Mana-mana pelajar yang didapati sengaja bersama atau berhampiran dengan orang atau sekumpulan orang yang menyalahgunakan dadah semasa tangkapan dibuat, adalah dianggap sebagai bersubahat.d) Mana%u2013mana pelajar yang telah dikesan melalui ujian rasmi oleh pihak berkuasa yang tertentu adalah disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah.e) Pihak Berkuasa Institut bersama dengan agensi yang berkaitan boleh menghendaki seorang pelajar yang disyaki menagih dadah menjalani ujian air kencing. f) Jika seseorang pelajar enggan beri kerjasama menyerah dirinya untuk menjalani ujian air kencing, dia telah melakukan suatu kesalahan tatatertib. g) Mana%u2013mana pelajar yang didapati melanggar peraturan (a) (b) (c) dan (d) di atas adalah melakukan kesalahan berat dan hendaklah ditangani oleh JTP mengikut tatacara tindakan tatatertib yang ditetapkan.Memiliki PeralatanUjian Positif dadahBersubahatEnggan Beri KerjasamaMemiliki, MenyalahgunaBAHAGIAN III (A) - PERATURAN TATATERTIB DISIPLIN DAN JENIS-JENIS KESALAHAN

