Page 25 - Demo
P. 25
21108. Sebarang tindakan pindaan ke atas mana-mana peraturan yang dikuatkuasakan akan diedar kemudiannya sebagai pekeliling untuk makluman semua dan satu salinan akan dipamerkan di papan kenyataan. 109. Tiada tindakan guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana Mahkamah terhadap semua pegawai di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia dan Kerajaan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian. 110. Pihak Berkuasa Institut mempunyai kuasa muktamad untuk mentafsir segala peraturan yang terdapat di dalam Buku Peraturan Tatatertib ini. Perlindungan terhadap guamandan prosiding undang- undangKuasa Pihak Berkuasa InstitutPekeliling

