Page 24 - Demo
P. 24
20100. Setiap peraturan keselamatan akan dipamerkan di papan kenyataan dan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai. Peraturan ini hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan perkaraperkara yang tidak diingini berlaku. 101. Peralatan keselamatan (alat pemadam api, pili bomba dan lain- lain) hendaklah digunakan hanya pada masa kecemasan di institut. 102. Jika berlaku kecemasan, pelajar hendaklah mengambil tindakan awal seperti membunyikan siren dan melaporkan kepada Pihak Berkuasa Institut. 103. Semua peralatan dan mesin akan dijadualkan penyelenggaraannya supaya sentiasa berada di dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Pelajar dikehendaki bekerjasama menjaga keselamatan mesin dan peralatan latihan. 104. Pelajar adalah dilarang menggunakan alat latihan tanpa arahan dan bimbingan Pengajar. Alat-alat perkakas yang digunakan hendaklah dibersih dan disimpan dengan sempurna. Perkakas yang dipinjam dari stor hendaklah dipulangkan semula sebelum meninggalkan bengkel.105. Pendawaian dan alat-alat elektrik hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang selamat digunakan. Bagi alat-alat atau mesin yang tidak boleh atau merbahaya digunakan, notis amaran perlu dilekatkan dan bekalan elektrik diputuskan. Perkara ini hendaklah dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Institut. 106. Penggunaan telefon ataupun sebarang gajet elektronik semasa waktu latihan tidak dibenarkan. HAL-HAL LAIN107. Pihak berkuasa Institut berhak meminda, mengubahsuai atau menambah mana-mana perkara dalam Buku Peraturan ini dari semasa ke semasa tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pelajar-pelajar. Peralatan KeselamatanJika Berlaku KecemasanGuna Alat Dengan BimbinganJaga Keselamatan Mesin dan PeralatanMesin Yang Tidak SelamatHak meminda pekelilingPatuhi Peraturan Keselamatan

