Page 38 - Demo
P. 38


                                    34KO %u2013 KURIKULUM DAN SUKAN 18. Institut melaksanakan aktiviti ko-kurikulum seperti Bulan Sabit Merah Malaysia, St. John Ambulance, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia JPAM, Pasukan Bomba & Penyelamat Malaysia, Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD), Pengakap, Persatuan Seni Silat, Taekwondo/ Karate-Do, Kelab Kebudayaan & Kesenian dan Kadet Rela dan lain-lain. Setiap pelajar adalah diwajibkan menyertai satu (1) aktiviti ko-kurikulum pada semester pertama & kedua di peringkat Sijil atau Diploma. 19. Pelajar bebas memilih mana-mana unit ko-kurikulum. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Institut berhak menentukan atau menukarkan ko-kurikulum yang dipilih dan jadual program atas sebab-sebab tertentu. 20. Kehadiran aktiviti ko-kurikulum adalah wajib dan menjadi salah satu syarat wajib untuk dipersijilkan Selain daripada itu, pelajar juga tertakluk pada apa-apa juga peraturan unit ko-kurikulum masing-masing. 21. Pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam pelbagai jenis sukan yang disediakan seperti tenis, takraw, badminton, bola sepak, bola jaring dan sebagainya. Peralatan sukan hendaklah dijaga dengan sempurna. 22. Pelajar dikehendaki berpakaian sukan yang sopan dan menutup aurat. Aktiviti sukan bermula selepas waktu latihan dan hendaklah diberhentikan 30 minit sebelum waktu Maghrib dan pelajar Muslim dikehendaki bersedia untuk menunaikan solat Maghrib. CUTI 23. Tidak ada peruntukan dan kemudahan cuti rehat untuk semua pelajar sepanjang tempoh latihan. Pemilihan KoKurikulumKehadiran WajibSukanPakaian dan Waktu SukanCuti RehatKoKurikulum
                                
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42