Page 45 - Demo
P. 45
41Hadir PerbicaraanKetidak hadiran pelajar semasa perbicaraan JTPPengakuan Salah, RayuanFaktaFakta Kes Dinyatakan Di Hadapan PelajarTidak Mengaku Salah, Kemuka Bukti Saksi KesTATACARA TATATERTIB 1. Apabila seseorang pelajar telah dilaporkan melakukan kesalahan tatatertib, Jawatankuasa Tatatertib Pelajar(JTP) akan memberikan surat pertuduhan secara bertulis dan meminta pelajar berkenaan membuat pengakuan atau penafian.2. Apabila seseorang pelajar telah dilaporkan melakukan kesalahan tatatertib, Jawatankuasa Tatatertib Pelajar(JTP) hendaklah secara bertulis meminta pelajar berkenaan hadir perbicaraan pada sesuatu tarikh dan masa sebagaimana yang ditentukan oleh JTP.3. Jika pelajar itu tidak hadir di hadapan JTP berkenaan mengikut kehendak peraturan 2, hukuman akan dijatuhkan oleh JTP berkenaan kepada pelajar tersebut.4. Dalam perbicaraan tatatertib, JTP akan menjelaskan kepada pelajar itu fakta-fakta pertuduhan mengenai kesalahan tatatertib yang dikatakan telah dilakukan oleh pelajar itu dan memintanya membuat pengakuan / penafian di atas pertuduhan itu.5. Sekiranya pelajar itu mengaku bersalah, JTP akan menjelaskan fakta-fakta itu sekali lagi kepadanya dan jika beliau mengaku kebenaran fakta-fakta itu, JTP hendaklah mengumumkan pelajar itu bersalah atas kesalahan tatatertib tersebut dan membenarkan beliau membuat rayuan untuk meringankan hukuman.6. Jika pelajar itu tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut atau tidak atau enggan membuat pengakuan atau tidak mengaku kebenaran fakta-fakta kes itu, JTP akan memeriksa mana-mana saksi atau apa-apa barang bukti pertuduhan bagi menimbangkan kes berkenaan.BAHAGIAN VGARIS PANDUAN JAWATANKUASA TATATERTIB PELAJAR

