Page 46 - Demo
P. 46
427. Selepas keterangan dari yang tersebut dalam peraturan 6 diterima, pelajar itu akan diminta memberikan keterangannya, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa barang bukti untuk pembelaannya.8. JTP boleh mengarahkan supaya barang bukti yang dikemukakan kehadapannya dalam suatu perbicaraan, disimpan dalam simpanannya atau simpanan seseorang sebagaimana yang ditentukan sementara menunggu perbicaraan tatatertib tamat.9. Selepas mendengar keterangan saksi dan memeriksa barang bukti yang dikemukakan, JTP akan mengumumkan keputusannya dalam kes itu. Jika diputuskan pelajar itu bersalah, beliau hendaklah dibenarkan membuat rayuan untuk mendapat hukuman ringan.10. Selepas pelajar itu membuat rayuan, jika ada, untuk mendapatkan hukuman ringan JTP hendaklah menurut budi bicaranya mengenakan hukuman tatatertib ke atas pelajar itu satu atau lebih daripada hukuman-hukuman yang dinyatakan di dalam peraturan 18.11. Setelah mengenakan hukuman tersebut dalam peraturan 18, JTP akan menyerahkan kepada pelajar itu dengan serta merta suatu notis bertulis mengenai hukuman yang dijatuhkan.12. JTP yang mengambil tindakan tatatertib terhadap seseorang pelajar di bawah peraturan 3 hingga 11 akan merekodkan mengenai perbicaraan itu.13. Sebarang kesalahan yang disabitkan oleh JTP yang telah bersidang dan memutuskan hukuman terhadap pesalah adalah dianggap muktamad.14. Apabila seseorang pelajar itu telah didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib, Pengarah Institut akan menghantar satu surat kepada pelajar itu mengenai hukuman yang dijatuhkan ke atasnya itu dan salinan kepada ibu bapa atau penjaga pelajar, penjamin-penjaminnya dan Jabatan Tenaga Manusia.Simpan Barang BuktiSahih Bersalah Rayu Ringan HukumanJatuh HukumanSerah Notis HukumanMerekod PerbicaraanKeputusan MuktamadSurat Jatuh HukumanBukti Saksi Pelajar

