Page 47 - Demo
P. 47


                                    4315. Dalam semua perbicaraan di bawah peraturan ini, seseorang pelajar boleh ditamatkan latihannya kerana disabitkan dengan kesalahan berat dan telah diberi peluang yang munasabah untuk membela diri.16. Kuasa untuk menamatkan latihan pelajar adalah terletak kepada JTP I.17. Tiada seseorang pun boleh hadir dalam sesuatu perbicaraan tatatertib kecuali:a) Ahli-ahli jawatankuasa tatatertib.b) Pelajar yang terlibat.c) Saksi semasa beliau (pelajar) memberi keterangan atau apabila ia dikehendaki oleh JTP; dand) Seseorang lain sebagaimana yang dibenarkan hadir oleh JTP kerana sesuatu sebab khas.HUKUMAN & TINDAKAN TATATERTIB 18. Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau kombinasi hukuman itu sebagai pengajaran dan kesedaran bagi setiap kesalahan yang dilakukan:a) Amaran bertulis;b) Membuat kerja-kerja amal di kawasan Institut selama tempoh yang ditentukan;c) Membayar ganti rugi diatas kerosakan atau kehilangan harta benda awam atau Institut mengikut nilai harta itu;d) Penggantungan daripada kemudahan menginap di asrama dalam tempoh yang ditentukan;e) Penggantungan latihan untuk tempoh yang ditentukan; danf) Lain-lain hukuman yang difikirkan setimpal dengan kesalahan supaya menjadi peringatan untuk akur kepada setiap Buku Peraturan Tatatertib Pelajar.Hadir dalam perbicaraanKuasa Tamat LatihanKombinasi HukumanKesalahan Berat Ditamatkan Latihan
                                
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51