Sukacita dimaklumkan Jabatan Tenaga Manusia telah berjaya memperolehi Pentauliahan Pusat Bertauliah City and Guilds (United Kingdom). City and Guilds merupakan Badan Bertauliah yang diiktiraf di United Kingdom dan dunia terutama dalam bidang vokasional. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama serta komitmen ILP Pedas, ADTEC Bintulu,ADTEC Kemaman, ILP Kota Samarahan, ILP Kota Kinabalu di mana kelima-lima Institut ini akan menjalankan program Persijilan City and Guilds bagi program kerjasama Jabatan Tenaga Manusia, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan Gamuda Berhad.
PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC ) KEMAMAN
PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC ) BINTULU
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN PEDAS
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KOTA KINABALU
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KOTA SAMARAHAN