Malay version only
Sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama ini dipanjangkan e-mel daripada Bahagian Akaun, Kementerian Sumber Manusia yang menjelaskan mengenai Edaran Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4Tahun 2014 - Pindaan Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengurangkan Perbelanjaan Awam untuk perhatian dan tindakan tuan/puan selanjutnya.
Sehubungan itu, sukacita pohon kerjasama tuan/puan untuk menghebahkan perkara ini kepada warga JTM dan ILJTM untuk mengambil tindakan SEGERA ke atas para 3.1 Imbuhan Tetap Keraian (Jusa C dan ke Atas) dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Bersama-sama ini juga dimajukan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/2014 untuk rujukan peratus pemotongan imbuhan tetap keraian pegawai kanan kerajaan yang terlibat.
Berikut adalah maklumat berkaitan :-
1. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2014
2. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2014
Sekian, terima kasih.