Sukacita dimaklumkan, selaras dengan “Program Jimat Belanja Dapur” yang dilancarkan oleh Kerajaan, JPM dengan kerjasama FAMA dan Perbadanan Putrajaya akan membuka Pasar Tani JPM: Agro @JPM bertempat di Parking Belakang Blok B7, mulai 4 Jun 2014. Manakala majlis perasmian adalah pada 18 Jun 2014 oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.
Untuk makluman, pasar tani ini akan diadakan dua (2) kali sebulan, iaitu pada setiap hari Rabu bagi minggu pertama dan minggu ke tiga setiap bulan mulai jam 12.00 tengahari hingga 7.00 malam. Pelbagai produk akan diniagakan meliputi bahan makanan basah dan kering, makanan diproses, buah-buahan, sayur-sayuran dan ulam-ulaman, daging lembu tempatan, ayam, ikan, barang runcit, produk IKS, makanan, minuman dan pelbagai barangan lain yang berkaitan produk pertanian.
Warga kakitangan awam adalah digalakkan berkunjung ke pasar tani ni bagi menyokong kempen ‘Jimat Belanja Dapur”.