Malay version only
Program perkongsian Ilmu bagi bulan Januari 2014 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 21 Januari 2014 (Selasa)
Masa : 10.30 pagi - 12.20 tengahari
Tajuk : "Pelaksanaan GST"
Penceramah : Tuan Azlan bin Abu Bakar - Penolong Pengarah Kastam
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama JTM, Aras 6 Blok D4
Taklimat ini merupakan program perkongsian ilmu bagi menambah ilmu dan pengetahuan kepada warga JTM berkaitan dengan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh kerajaan tidak lama lagi. Program Ceramah/Wacana ini terbuka kepada semua warga JTM. yang mengikuti program ini sebanyak tiga ( 3 ) sesi akan diberikan sijil penyertaan bersamaan kursus ( 1 ) hari. Kerjasama dan kehadiran Y.Bhg. Dato' /tuan /puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sehubungan itu, Y. Bhg. Dato’/tuan/puan adalahdijemput untuk sama-sama mengambil bahagian dalam program tersebut.
Sekian, terima kasih.