Sukacita dimaklumkan bahawa atas usahasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Japan International Cooperation Agency (JICA), JTM telah dipilih sebagai lokasi lawatan penandaarasan bagi peserta antarabangsa iaitu dari Negara Kenya (5 orang) dan Negara Jepun (1 orang) pada ketetapan waktu berikut:
Tarikh : 11 September 2013 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi
Sehubungan dengan itu, diharap semua warga JTM dapat membuat persediaan serta memastikan semua kawasan di bawah seliaan tuan dalam keadaan bersih dan teratur. Ini adalah kerana tujuan utama mereka ke sini adalah bagi melihat Pelaksanaan Persekitaran Berkualiti (5S) di agensi kerajaan yang telah berjaya menjalankan 5S di tempat kerja