Malay version only
Newspaper : Berita Harian | Date : 24 January 2014
Kerjasama dengan pelbagai kementerian beri nilai tambah tenaga mahir
Serdang: Institusi kemahiran awam dan swasta perlu memperluaskan kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi untuk memberi nilai tambah kepada tenaga mahir, sekali gus memenuhi keperluan industri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bagi meningkatkan kualiti latihan kemahiran secara holistik, institusi terbabit perlu bekerja merentasi kementerian dan agensi dengan melaksanakan Strategi Lautan Biru.Katanya, pada masa ini, ada sembilan kementerian terbabit secara langsung menyediakan latihan kemahiran dengan penubuhan 434 Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan 753 Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS).
Penuhi keperluan industri
Perdana Menteri juga yakin ILKA dan ILKS memainkan peranan penting membantu kerajaan melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri serta mempunyai pakej lengkap untuk bersaing di dalam dan luar negara. Sehubungan itu, program yang ditawarkan perlu bersesuaian dan seiring dengan perkembangan semasa bagi menjamin kebolehpasaran graduan yang dilahirkan. “Umpamanya jika kita menyediakan pensijilan tempatan, tokok tambah kursus itu dengan pensijilan yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Seseorang pelatih mungkin perlu menyambung tiga atau enam bulan lagi, tetapi tambahan tiga atau enam bulan menyebabkan nilai pasaran mereka melonjak ke tahap jauh lebih tinggi,” katanya.
Tingkat nilai pasaran pelatih
Oleh kerana itu, Najib menggalakkan semua ILKA dan ILKS melihat secara holistik peranan masing-masing terutama dalam menaikkan nilai pasaran pelatih ke tahap lebih tinggi. Bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja, beliau berkata, Pembangunan Sumber Manusia Berhad menyediakan RM400 juta bagi syarikat berdaftar untuk memberi peluang kepada pekerja mengikuti program meningkatkan kemahiran. Sementara, Perdana Menteri mengumumkan insentif tambahan kepada penerima Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri iaitu wang tunai RM10,000 bagi meningkatkan prestij anugerah berkenaan bermula tahun ini. Sejak anugerah itu diperkenalkan pada 1991, penerima hanya membawa pulang piala anugerah dan sijil. Ia adalah anugerah tertinggi bagi mengiktiraf PKM dan pertandingan MySkills yang dianjur dan bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Kerjaraya.
INFO
Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2013
Sumber : Berita Harian
Copyright JTM 2015. Disclaimer : Manpower Department (JTM) is not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. Best Viewed is using Firefox , Microsoft Edge , IE 11 and Google Chrome with minimal resolution 1024 X 768 pixel.
Loading...