Kenyataan Akhbar YB Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem mengenai PENGUMUMAN PENANGGUHAN SESI PENGAJIAN JANUARI 2015 BAGI INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM) SEMENANJUNG MALAYSIA
JTM amat prihatin dan bersimpati dengan musibah banjir yang sedang melanda beberapa negeri di seluruh negara. Sehubungan itu, bagi meringankan beban semua mangsa yang terlibat, JTM mengambil keputusan untuk menangguhkan tarikh permulaan sesi pengajian Januari 2015 bagi ILJTM seperti ketetapan di bawah :
ILJTM (Negeri)
|
Tarikh Permulaan Sesi Pengajian
|
PELAJAR BARU
|
PELAJAR LAMA
|
Sabah, Sarawak & Labuan
|
5 Januari 2015 (Isnin)
*tarikh asal
(tiada pindaan)
|
8 Januari 2015 (Khamis)*tarikh asal
(tiada pindaan)
|
Kelantan, Terengganu, Kedah & Johor
|
11 Januari 2015 (Ahad)
|
14 Januari 2015 (Rabu)
|
Lain-lain negeri
|
12 Januari 2015 (Isnin)
|
15 Januari 2015 (Khamis)
|
Untuk kalendar penuh ILJTM, sila hubungi BPPL Institut masing-masing. Berikut adalah kenyataan Media YB Menteri Sumber Manusia untuk makluman.