Malay version only
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Tenaga Manusia akan menganjurkan Pertandingan Kreativiti dan Teknologi Inovasi (CITEC) 2014 yang akan berlangsung mengikut ketentuan berikut:
Tarikh : 13 & 14 April 2014
Tempat : Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur
Tarikh Tutup Pendaftaran : 10 Mac 2014.
KATEGORI PENYERTAAN
Kategori Pensyarah ILJTM/ MARA / KBS / POLITEKNIK / BPTV KPM
Pertandingan ini terbuka kepada Pensyarah ILJTM / MARA / KBS / POLITEKNIK / BPTV, bagi empat (4) kategori bidang iaitu :-
- Elektrikal / Elektronik (Automation, Electronics, Control circuit dsb.);
- Mekanikal / Perkhidmatan Kejuruteraan;
- Sivil & Arkitek; dan
- Perisian / Perkakasan / Sistem Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT).
Kategori Pelajar ILJTM / ILKA / IPTA
Pertandingan ini terbuka kepada pelajar Institusi Latihan JTM, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Politeknik bagi empat (4) kategori bidang iaitu :-
- Elektrikal / Elektronik (Automation, Electronics, Control circuit dsb.);
- Mekanikal / Perkhidmatan Kejuruteraan;
- Sivil & Arkitek; dan
- Perisian / Perkakasan / Sistem Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT).
KELAYAKAN PENYERTAAN
Pelajar dan Pensyarah ILJTM
- Peserta untuk pertandingan ini terbuka kepada pensyarah dan pelajar ILJTM yang telah menghasilkan rekacipta.
- Setiap Institut diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya satu (1) penyertaan dan dihadkan kepada lima (5) penyertaan (maksimum) bagi setiap institut.
- Rekacipta dan projek yang pernah bertanding dan memenangi anugerah di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa adalah tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
- Institut yang ingin menyertai boleh menggunakan Peruntukan Bahan Guna Habis Institut masing-masing.
Pendaftaran penyertaan adalah secara atas talian (Online) melalui laman sesawang www.jtm.gov.my/CITEC . Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :
BAHAGIAN KAWALAN TEKNIKAL
JABATAN TENAGA MANUSIA,
ARAS 6, BLOK D4, KOMPLEKS D,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62530, WP PUTRAJAYA
NO. TELEFON: 03-8886 5555
NO. FAKS: 03-8889 2417