Jabatan Tenaga Manusia (JTM), dahulunya dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) telah ditubuhkan pada tahun 1967. Pertukaran nama berkenaan adalah disebabkan oleh fungsinya yang difokuskan kepada aktiviti program latihan kemahiran sahaja. Pertukaran nama ini berlaku pada awal tahun 2000. Diawal penubuhan JTR, ia berfungsi sebagai pusat melatih tenaga mahir untuk pasaran industri tempatan, mengumpul maklumat buruh, dan menempatkan pencari-pencari pekerjaan disektor swasta.
Pada ketika ini JTM telah dan akan melahirkan tenaga mahir negara dari peringkat sijil latihan hinggalah Diploma Lanjutan dalam pelbagai bidang kursus kemahiran. Oleh kerana dengan perubahan teknologi yang begitu pesat dan keperluan tenaga kerja mahir yang mendesak, maka JTM telah menubuhkan beberapa institusi latihan diseluruh negara.
Dari tahun penubuhannya sehingga kini, seramai sembilan (9) orang telah menerajui jabatan ini. Ketua Pengarah - Ketua Pengarah yang pernah dan sedang menerajui jabatan ini adalah seperti senarai di bawah:
Senarai Ketua Pengarah JTR-JTM
- En Fong Soon Heng
- En. Anuar Latip bin Abdul
- En. Mahmud Bin Idris
- Tuan Hj Alias Bin Sulaiman
- Tuan Haji Hasnan Pie (16 Mei 1981 ~ 18 Oktober 1994)
- Y.Bhg. Tan Sri Zainol Abidin Bin Abd. Rahsid (19 Oktober 1994 ~ 31 January 1998)
- Y.Bhg. Dato' Nawi Bin Haji Ahmad (1 Feb 1998 ~ 11 September 2004)
- Y.Bhg. Dato' Abdul Rashid Bin Saad.(12 September 2004 ~ 24 Julai 2006)
- Y.Bhg. Dato' Hj. Romli Bin Hj. Hassan (16 Ogos 2006 hingga 24 April 2014)
- Cik Chin Phaik Yoong ( 25 April 2014 hingga kini )