Malay version only
Kepada warga kerja JTM seluruhnya hendaklah menjadikan sambutan ini sebagai tanda peringatan bahawa kekuatan dan kejayaan Negara serta pembangunan masa depan JTM adalah bergantung kepada kesatuan sumbangan kepakaran semua warga kerja JTM diseluruhnya termasuk Sabah dan Sarawak.
Tanggunjawab JTM untuk mengarus perdanakan kemahiran adalah merentas sempadan wilayah. Oleh yang demikian integrasi cita-cita, semangat dan visi harus diterjemahkan bersama-sama agar kegemilangan JTM dapat dibangga bersama.
Selamat Hari Malaysia 2013.
Terima kasih
Dato' Hj. Romli Bin Hj. Hassan
Ketua Pengarah
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)