Tahniah dan penghargaan kepada peserta ILJTM yang telah berjaya layak untuk mewakili Jabatan ke Pertandingan Akhir WSMP dan WSMB yang akan di adakan pada akhir bulan September 2022. Seramai 14 orang peserta WSMP telah berjaya untuk bertanding dalam pertandingan akhir. Manakala bagi WSMB seramai 31 orang peserta telah berjaya bertanding di peringkat akhir.
Pertandingan akhir peringkat kebangsaan ini akan dijalankan di beberapa lokasi tapak pertandingan mengikut bidang yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Kerja Raya (KKR). Semoga semua peserta JTM ini akan berjaya pada pertandingan akhir nanti dan seterusnya boleh mewakili negara di peringkat antarabangsa pada tahun 2023.
BE INSPIRED, BE EXTRAORDINARY, BE WORLD CLASS WITH TVET