OBJEKTIF
Bahagian ini diwujudkan bagi membantu Jabatan dalam merancang program - program pembangunan yang dijalankan di ILJTM sesuai dengan kursus-kursus yang akan dijalankan. Antara tugas - tugas bahagian ini adalah membuat pemantauan secara menyeluruh terhadap program pembangunan dan penyelenggaraan peralatan ILJTM.
Skop Kerja Bahagian Pembangunan Kemahiran:
- Memantau dan memastikan infrastruktur, kemudahan-kemudahan dan peralatan latihan di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia sentiasa menepati keperluan latihan.
- Menyelaras dan mengurus perbelanjaan di bawah Peruntukan Pembangunan P46 Jabatan.
Fungsi Bahagian Pembangunan Kemahiran:
- Merancang pembangunan projek-projek baru dan menaiktaraf Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dalam setiap Rancangan Malaysia Lima Tahun kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU).
- Mengawalselia pelaksanaan projek-projek Pembangunan Baru, Naiktaraf dan Pemuliharaan ILJTM.
- Mengawalselia pembekalan Peralatan Latihan ke ILJTM.
- Mengawalselia pelaksanaan Program Pembangunan Kemahiran dan Latihan Semula Tenaga Pengajar TVET di bawah Peruntukan Pembangunan P46 dan Mengurus B46.
- Mengawalselia kerja-kerja penyelenggaraan Peralatan Latihan & Fizikal ILJTM.
- Mengawalselia kerja-kerja membangunkan senarai dan spesifikasi peralatan.
- Merancang dan melulus Anggaran Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan P46.
- Meluluskan pembayaran bagi semua kerja-kerja di bawah Peruntukan Pembangunan P46 dan Mengurus B46 di bawah penyelenggaraan Peralatan Latihan & Fizikal ILJTM.
- Mengawalselia kerja-kerja membangunkan Kenyataan Keperluan (Need Statement) bagi projek-projek baru dan naiktaraf ILJTM sedia ada.
- Mengawalselia pengemaskinian status pelaksanaan projek pembangunan dalam Sistem Pemantauan Projek II (SPP II).
- Mengawalselia pelaksanaan Program Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Vocational Training Officer (VTO), Vocational Training Executive (VTE) / Vocational Training Manager (VTM).
- Mengawalselia status laporan pembangunan fizikal, kewangan kepada Agensi-agensi berkaitan (Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pejabat Pembangunan Negeri dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).
- Mengawalselia pengurusan aset-aset ILJTM.
- Menyelaras proses perolehan dan menguruskan penambahan peralatan di institut.
- Merancang garis panduan belanjawan pembangunan.
- Menyelaras keperluan untuk menaiktaraf infrastruktur institut.
- Menyelaras, mengenalpasti keperluan program peningkatan kemahiran pengajar berasaskan permintaan industri.