Objektif Bahagian Khidmat Pengurusan
- Memberi khidmat dalam mengendali hal ehwal pentadbiran, perkhidmatan, perjawatan, kewangan dan perolehan serta ICT Jabatan Tenaga Manusia
- Menentukan aktiviti-aktiviti Khidmat Pengurusan Jabatan Tenaga Manusia dijalankan dengan cekap dan berkesan
Khidmat Pengurusan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) terdiri daripada empat (4) Cawangan Utama:
- Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
- Cawangan Pengurusan Aset dan Pentadbiran
- Cawangan Kewangan dan Perolehan
- Cawangan Teknologi Maklumat
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan ini terdiri daripada 2 unit iaitu :
Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan Prestasi/Tatatertib
- Menguruskan kursus/ latihan softskills di dalam dan luar negara
- Menguruskan Mesy JK Tadbir Urus (JITU), JK Latihan (MJKL), Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Lembaga Tatatertib dan Panel PPSM
- Mentadbir dan menyelia pelaksanaan HRMIS Jabatan
- Menyellia kes tatatertib Jabatan
- Melaksana urusan kenaikan pangkat
- Menyelia urusan tapisan keutuhan SPRM
- Menguruskan permohonan tapisan keselamatan kakitangan Jabatan
- HRMIS - menguruskan pelaksanaan HRMIS kepada kakitangan di Ibu Pejabat JTM dan ILJTM
Perkhidmatan dan Pembangunan Organisasi
- Melaksanakan urusan perkhidmatan yang melibatkan pelantikan, pengesahan, pemberian taraf berpencen, penamatan, persaraan Jabatan
- Menguruskan permohonan berkaitan kemudahan, tuntutan dan permohonan cuti mengikut kategori yang diperincikan dalam Perintah Am Bab C
- Menguruskan urusan penempatan pegawai dan perjawatan serta menjadi urusetia Mesy Pertukaran Jabatan
- Menguruskan pelantikan PSH dan kontrak
- Mengkaji keperluan perjawatan dan organisasi serta meluluskan hal-hal pembangunan organisasi Jabatan
Cawangan Pengurusan Aset dan Pentadbiran
- Mengendalikan Sistem fail, surat menyurat dan pekeliling
- Menyelaras urusan parlimen
- Menguruskan hal-hal mengenai ruang pejabat dan penyewaan ruang pejabat
- Menguruskan hal-hal keselamatan pejabat, personel dan dokumen
- Menguruskan hal-hal pentadbiran am, bilik-bilik mesyuarat dan keperluan mesyuarat
- Menguruskan kenderaan jabatan dan mematuhi pekeliling-pekeliling berkaitan
- Menguruskan hal-hal berkaitan dengan aset alih Jabatan
Unit Aset
- Mengurus stor dan inventori Jabatan
- Menguruskan hal-hal pelupusan dan hapuskira aset Jabatan
- Mengurus proses kehilangan aset Jabatan
- Urusetia Mesy J/K Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) dan JKPAK Fasiliti
Cawangan Kewangan dan Perolehan
Unit Kewangan
- Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan Jabatan
- Menguruskan pembayaran gaji, perkhidmatan & bekalan
- Mengeluarkan Waran Peruntukan Kecil kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ), Waran Tarik Balik dan Pindah Peruntukan
- Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun serta Akaun Amanah
- Menyelaras semua perakaunan jabatan dan ILJTM
Unit Perolehan
- Menyelaras, menyemak permohonan sebutharga bagi bekalan & perkhidmatan
- Menjadi Urusetia Mesy J/K Sebutharga Jabatan dan Mesy J/K Pasukan Pelaksanan e-perolehan
- Mengurus perolehan peralatan dan gunasama di bawah Anggaran Peruntukan Jabatan
- Memberi khidmat nasihat kepada ILJTM dalam urusan perolehan secara sebutharga dan pembelian terus
Cawangan Teknologi Maklumat
- Mengurus keseluruhan keperluan prasarana infrastruktur ICT, capaian Internet, Rangkaian & Keselamatan ICT Jabatan
- Mengurus dan menyelaras Portal JTM, Emel 1GovUC JTM
- Memberi khidmat sokongan tenikal ICT
- Mengurus pelaksanaan Aplikasi Training Management System (TMS) di semua ILJTM
- Urusetia Mest JPICT JTM dan Mesy ICT lain