Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM
Kategori: Soalan Lazim
Hit: 165
  1. Soalan Pada masa kini, berapakah bilangan ILJTM di seluruh negara yang beroperasi?

    Pada masa kini terdapat 33 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 24 ILP. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

  2. Soalan- Di manakah saya boleh membuat permohonan kemasukan dan bila?

    Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai. Permohonan adalah secara Aplikasi Atas Talian (online) di Laman Web UP_TVET (UP_TVET Perdana: https://mohon.tvet.gov.my/main/perdana) bagi sesi kemasukan Januari dan Julai. Permohonan melalui Laman Web UP_TVET adalah percuma

  3. Soalan Adakah bidang kemahiran yang dijalankan ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran?

    Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM di mana terdapat penambahan terhadap subjek yang diajar supaya pelajar lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.

  4. SoalanBerapakah jangka masa untuk mengikuti latihan tersebut?

    Jangka masa yang ditetapkan adalah antara 6 bulan hingga 3 tahun. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti sama ada sijil, diploma dan diploma lanjutan.

  5. Soalan Berapakah had umur untuk mengikuti latihan di ILJTM?

    JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk membolehkan semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh sebab beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu ditetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.

  6. Soalan Adakah lepasan ILJTM ini boleh melanjutkan pelajaran?

    Ya, lepasan pelajar dari ILJTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka sama ada di ILJTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.

  7. Soalan Adakah kursus yang dijalankan menjamin pekerjaan?

    Kesemua kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus - kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Kebolehpasaran dalam bidang bagi graduan ILJTM adalah 94.5 %.

  8. Soalan Apakah jenis kursus yang dijalankan di ILJTM?

    ILJTM menawarkan pelbagai kursus kemahiran dalam 10 bidang kemahiran iaitu Kimpalan, Pengangkutan, Sivil, Elektronik, Elektrikal, Pembuatan., Perkhidmatan Kejuruteraan, ICT, Percetakan dan Pengeluaran Produk.

Click to listen highlighted text! Powered By JTM