BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN
Bahagian ini diwujudkan bagi membantu Jabatan dalam merancang program latihan yang dijalankan di ILJTM memenuhi kehendak industri masa kini. Bahagian ini dipertangungjawabkan untuk membuat penyelidikan secara menyeluruh berkaitan industri dan membuat perancangan strategik bagi program yang sedang dijalankan, akan dilaksanakan dan perancangan jangka masa panjang.
OBJEKTIF
Bertindak sebagai think-tank, pemangkin serta pencetus bagi mencerna idea dalam penggubalan dasar makro pengurusan latihan kemahiran untuk menjana ketrampilan masyarakat yang berkemahiran tinggi, berkualiti dan berdaya saing.
FUNGSI
Fungsi cawangan ini adalah seperti berikut:-
PERANCANGAN DAN MAKLUMBALAS
- Merancang dan melaksanakan Audit Dalam ISO bagi semua ILJTM supaya sentiasa memberikan perkhidmatan yang berkualiti disamping memastikan penambahbaikan secara berterusan dilaksana dan dikekalkan
- Merancang dan mengendalikan Bengkel Persediaan Audit Dalaman dan Kursus Lead Auditor
- Bertanggungjawab sebagai Urusetia Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ILJTM dan Mesyuarat Ketua Pengarah JTM bersama Pengarah-Pengarah ILJTM.
- Merancang dan menjalankan kajian dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta serta organisasi luar negara serta membuat analisis mengenai isu-isu latihan vokasional dalam mempertingkatkan lagi program kemahiran negara.
- Merancang dan mengendalikan Seminar Kebangsaan Pengajar ILJTM dan National Conference On Engineering Technology (NCET).
- Merancang, menyelidik dan menentukan program latihan yang baharu di ILJTM untuk memenuhi keperluan industri dan pasaran pekerjaan semasa.
PENYELIDIKAN
- Menjalankan Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) bagi mengukur tahap keberkesanan 'output' yang dikeluarkan oleh ILJTM.
- Menjalankan Kajian Penilaian Latihan dan Pengajar (SPePL) kepada semua pengajar ILJTM.
- Menjalankan Kajian Penilaian Latihan Industi (LI ) bagi mengenalpasti tahap kepuasan majikan terhadap pelajar ILJTM.
- Merancang, menyelidik dan menentukan program latihan kemahiran berasaskan teknologi tinggi dapat dilaksanakan dengan berkesan dan bersesuaian dengan kehendak pelanggan.
- Bertanggungjawab dalam menjalankan penyelidikan dan kajian serta perancangan terhadap keberkesanan program latihan vokasional yang dibekalkan agar dapat memenuhi keperluan semasa industri tempatan.
- Bertanggungjawab sebagai Urusetia Jawatankuasa Teknikal dan Penilaian Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC).
- Bertanggungjawab sebagai Urusetia Jawatankuasa bagi Majlis Konvokesyen ILJTM.