Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Kursus / Program Yang Ditawarkan

Kategori: Kursus
Hit: 212439

PENGENALAN

  • Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM), dahulunya dikenali sebagai Institusi Latihan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
  • ADTEC JTM terdiri daripada sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI), sebuah Institut Teknologi Automotif Termaju PROTON (PROTON Institute) dan tiga puluh satu (31) buah ADTEC JTM
  • ADTEC JTM menawarkan kursus peringkat Sijil dan Diploma. Objektif utama ADTEC JTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

PENGAMBILAN PELAJAR

  • Pengambilan ke ADTEC JTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun.
  • Permohonan ke ADTEC JTM boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (online) di Portal UP_TVET Perdana (https://mohon.tvet.gov.my/main/perdana).
  • Pemohon akan menerima Slip Permohonan setelah menghantar permohonan di Portal UP_TVET Perdana.
  • Setelah pemohon membuat penerimaan tawaran, pemohon akan menerima Slip Tawaran dari Portal UP_TVET melalui e-mel yang telah didaftarkan.
  • Surat tawaran kemasukan dikeluarkan kepada calon yang memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Semakan Syarat Kemasukan ke ADTEC JTM.
 
PILIHAN KURSUS & INSTITUT

 

LALUAN AKADEMIK & KEMAHIRAN

KOMPOSISI LATIHAN

SIJIL DIPLOMA DIPLOMA LANJUTAN

Teori: 30%
Amali: 70%

Teori: 40%
Amali: 60%

Teori: 50%
Amali: 50%

FASILITI

BAYARAN

 

MAKLUMAT LANJUT

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL),
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 2418

 

Click to listen highlighted text! Powered By JTM